16 Tempat Menarik Di Jeju Island Yang Jarang Dilawati Pelancong (Hidden Gems in Jeju Island)
Sebut aje Jeju Island pasti semua nature hunter di luar sana tahu kat mana kan. Tempat yang memang jadi idaman traveller dan juga lokasi popular untuk honeymoon.
Dah sebulan balik dari Jeju tapi memori kat sana tetap segar macam baru balik semalam. Alhamdulillah akhirnya dapat buat Jejak Jeju lepas 12 tahun jatuh cinta dengan pulau ni (gara-gara tengok drama My Girl).
Alhamdulillah saya bersama kembar dan kawan kami berjaya sampai ke lebih kurang 38 lokasi menarik sepanjang 10 hari di sana (17 - 26 November 2018).
Alhamdulillah saya bersama kembar dan kawan kami berjaya sampai ke lebih kurang 38 lokasi menarik sepanjang 10 hari di sana (17 - 26 November 2018).
Sebut aje Jeju mesti dalam kepala terus terfikir tentang Hallasan, Seongsan Ilchulbong, Jeongbang Waterfall, Weoljeongri Beach, Jusangjeollidae, Seopjikoji, Yeongmeori Coast, Saebyeol Oreum, Innisfree Jeju House, Yellow Cafe dan Cheonjeyeon Waterfalls kan.
Tapi untuk entry ni saya bukan nak sharing main attractions yang popular dalam kalangan pelancong luar tapi nak kongsi tentang pelbagai hidden gems yang terdapat di Jeju Island.
Tapi untuk entry ni saya bukan nak sharing main attractions yang popular dalam kalangan pelancong luar tapi nak kongsi tentang pelbagai hidden gems yang terdapat di Jeju Island.
1) Gwangchigi Beach (광치기해변)
Gwangchigi Beach ni betul-betul terletak antara Seongsan Ilchulbong dan Seopjikoji. Jadi andai ke Seongsan Ilchulbong jangan lupa singgah kat sini. Plan asal kami nak jalan-jalan setengah jam aje tapi sebab dah terlalu jatuh cinta dengan view yang memang awesome tak sedar dah 2 jam. Rasa macam tak nak balik even matahari terpacak atas kepala dan silau yang amat.
(Kawan sibuk mengkaji spesies laut yang unik.)
(Teriknya mentari tak dapat nak halang kami having fun puas-puas kat sini)
(If time summer ni rasanya ada yang terjun dalam air.)
Fee entrance : Free
Location : East Jeju (Seogwipo)
*Please datang before pukul 3 petang sebab bila air pasang batu-batu hijau berlumut ni semua akan tenggelam.
Location : East Jeju (Seogwipo)
*Please datang before pukul 3 petang sebab bila air pasang batu-batu hijau berlumut ni semua akan tenggelam.
2) Rapeseed Field
Bila tengok gambar ni mesti ingat kami datang masa Spring kan. Sebenarnya kami pun tak sangka yang Rapeseed tengah galak berbunga dan my twin nampak tanpa sengaja masa nak ke Gwangchigi Beach. Jadi apa tunggu lagi terus parked kereta dan lari ke ladang menguning ni.
Ladang ni betul-betul depan Gwangchigi Beach so memang untung kalau singgah.
Ini baru betul-betul feel the spring vibe during late autumn.
Ini baru betul-betul feel the spring vibe during late autumn.
Fee entrance : 1000 Won
Location : East Jeju (Seogwipo)
3) Yongyeon Pond (용연)
Yang ini memang betul-betul hidden gem sebab tersorok sangat. Nak cari parking alahai memang payah tapi kitorang sampai dah dekat pukul 5 petang (sunset pukul 5.30 petang) so adalah rezeki parking yang cukup-cukup makan nak selitkan kereta. Yongyeon Pond ni sebenarnya dekat aje dengan Yongduam Rock (if rajin jalan kaki aje pun boleh). Yang menarik tentang pond ni ialah terus bersambung dengan laut disertakan rock formation yang sangat cantik dan jambatan gantung dengan colourful lighting. Jadi datang malam pun cantik.
Fee entrance : Free
Location : Jeju-si (sebelah Jeju International Airport) jadi boleh nampak flight takeoff
Pantai yang sangat sangat sangat cantik pakej dengan hill sekali. Jadi bila ke Hamdeok Beach bukan aje kita boleh enjoy view dekat tepi pantai tapi boleh mendaki di bukit bersebelahan dan SubhanAllah view dari atas bukit sangat cantik. Bayangkan anda datang masa Spring maka akan berganda-ganda cantik sebab dipenuhi oleh wild flowers.
(Main kejar ombak aje dah setengah jam, belum panjat hill lagi)
Setelah gigih mendaki bukit, sampailah dekat ladang yellow cosmos ni. Ala-ala dalam fairytale pun ada kat sini. Boleh nampak view seluruh Hamdeok Beach dan Cafe Delmoondo sekali.
Kawasan pantai yang pastinya penuh sesak dengan orang masa summer tapi during late autumn sunyi sepi aje. Bukit yang inilah kami daki. Bila tengok dari jauh nampak macam alahai susah yang amat tapi bila berjalan sambil tengok awesome view memang tak terasa penat.
Fee entrance : Free
Location : Jeju-si
Fee entrance : Free
Location : Jeju-si
5) Camellia Hill (카멜리아힐)
Bayangkan anda dikelilingi oleh camellia yang wangi menyengat ke hidung ni. Rasa tak nak berpisah dengan bunga yang cantik ni. Musim terbaik nak tengok camellia adalah masa winter sebab semua camellia mekar berkembang. Masa kami datang ni banyak yang tengah berputik lagi. Ini pun dah cantik sangat.
6) Gimnyeong Beach (김녕 성세기 해변)
Apa yang paling menarik tentang pantai ni ialah kincir angin yang ada dekat sini. Jadi bila ambil gambar boleh ambil few angles yang menarik dengan latarbelakang kincir angin.
7) Gimnyeong Maze Park (김녕미로공원)
Dah puas enjoy main pantai apa kata kita cabar diri di Gimnyeong Maze Park (dah macam maze dalam Harry Potter and The Goblet Of Fire). Selain dari maze, tarikan lain kat sini ialah kucing-kucing comel yang gebu gebas. Jadi memang lokasi terbaik untuk pencinta kucing juga.
Kami berjaya habiskan misi dalam maze ni selama 13 minit (sebenarnya kami pun tak percaya tapi yes we did it).
Rahsianya ialah ikut laluan paling tepi dan slowly masuk ke laluan tengah. Kitorang sampai dekat ruang tinjau yang pertama dan dekat sini mulalah perah otak macam mana nak cari jalan keluar. Bila turun semula eh tiba-tiba dah sampai. Mungkin juga rezeki tapi if nak try tips ni apa salahnya kan.hehe
Siapa yang berjaya cari jalan keluar jangan lupa bunyikan loceng ni. Symbol of victory lah acah-acahnya.
Fee entrance : 4400 Won
Location : Jeju-si (15 minit dari Gimnyeong Beach)
Fee entrance : 4400 Won
Location : Jeju-si (15 minit dari Gimnyeong Beach)
8) Sanbangsan (산방산)
Canola dengan latarbelakang Sanbangsan. Sebab kami pergi masa late autumn jadi Canola pun tak berapa banyak. Tapi tempat ni memang wajib pergi masa Spring.
Sanbangsan ni betul-betul depan Yongmeori Coast aje. Kedua-dua tarikan ni seolah-olah ada connection antara satu sama lain.
Menapak ke Sanbangsan semula lepas puas explore Yongmeori Coast. Ada tangga untuk mendaki sampai ke temple tapi kami tak naik sampai atas pun. Cuma enjoy view Sanbangsan dari bawah.
Fee entrance : Free
Location : Andeok-myeon, Seogwipo-si (5 minit dari lokasi Pension kami)
Fee entrance : Free
Location : Andeok-myeon, Seogwipo-si (5 minit dari lokasi Pension kami)
9) Songaksan(송악산)
Dari Sanbangsan kitorang terus ke Songaksan dan lunch sambil menghadap laut yang terbentang luas. Songaksan ni merangkumi 99 small peaks yang bila tengok dua tiga kali dah ala-ala bukit Teletubbies. Dalam gambar di atas kita boleh nampak antara small peaks tu.
(Nampak view Sanbangsan dari jauh)
Tak jemu mata melihat keindahan yang tiada tolok bandingan.
Kami pilih untuk pusing seluruh Songaksan dengan melalui trail yang sedia ada. Walaupun agak letih dan sampai berpeluh tapi berbaloi. Alhamdulillah dapat tengok dolphins tengah buat show for the first time. Alahai cute sangat.
Lebih kurang dua jam setengah kami habiskan dekat sini. Lama sebab sibuk ambil gambar dan menghayati pemandangan.
Fee entrance : Free
Location : Daejeong-eup, Seogwipo-si (5 minit dari Sanbangsan)
10) Soesokkak Estuary (쇠소깍)
Another hidden gem in Jeju Island. Sama macam Yongyeon Pond, ia juga terus bersambung ke laut. Memang betul-betul tersorok di tepi kawasan bandar dan yang uniknya di sini ialah lava formations yang dikelilingi oleh pine tree. Jadi dari jalan memang tak nampak ada kawasan menarik ni.
Kami datang untuk sightseeing aje tapi kalau anda sukakan aktiviti air bolehlah berkayak dan naik rakit ni dengan bayaran yang berpatutan.
*Gambar kat atas ialah Hallabong dan Hallabong ice cream. Hari keenam barulah kami merasa Hallabong yang berharga 5000 won sebiji (hampir RM20). Nak tahu macam mana rasa dia? mungkin dalam next entry saya cerita detail tentang Hallabong.hehehe
Fee entrance : Free for sightseeing
Location : Seogwipo-si
11) Oedolgae (외돌개) / Lonely Rock
Merangkumi salah satu laluan Jeju Olle Trail jadi pastinya menjanjikan pemandangan yang memukau. Air yang jernih dan cetek dengan rock formation yang menarik buatkan kita terpegun.
Kenapa tempat ni dipanggil Lonely Rock? Hehe sebab mercu utama dia ialah rock yang berdiri megah dekat tengah-tengah tu. Nampak macam lonely, I'm Mr. Lonely je kan. hehehe
Siapa yang suka aktiviti terjun terjun ni (*untuk penerjun profesional ajelah, jangan kita pula terlebih berani) memang rasanya inilah tempat yang sangat sesuai.
Parking fee : 2000 Won
Location : Seogwipo-si
12) Hwangwooji Coast (황우지해안)
Dari Oedolgae kami teruskan perjalanan mengikut trail yang disediakan hinggalah ke Hwangwooji Coast. And from here you can see a truly hidden gems of Jeju Island. Lokasi ni sangat popular untuk aktiviti snorkeling sebab airnya yang sangat jernih berwarna emerald dan cetek. Tambah pula dengan adanya natural swimming pool yang terbentuk hasil dari volcanic eruptions. Memang jadi tumpuan warga tempatan masa summer.
Tapi kami turun juga sampai ke bawah ni. Masa nak mendaki naik semula alahai pancit juga lah sebab tangga dia agak curam.
Dari sini kita boleh nampak Saeyeongyo (Saeyeon Bridge) dengan jelas.
Fee entrance : Free
Location : Seogwipo-si
Biasanya pelancong luar lebih terdedah dengan Cheonjeyeon Waterfalls, tapi kali ni kami kongsikan tentang Cheonjiyeon Waterfall. Airnya yang jernih dengan kawasan yang sangat tenang dipenuhi rimbunan pokok sangat sesuai untuk aktiviti riadah keluarga.
Walaupun nama dua-dua lokasi ni hampir sama tapi pemandangannya sangat berbeza jadi tak rugi jika singgah ke dua-dua lokasi.
Fee entrance : 2000 Won
Location : Seogwipo-si (berhampiran Saeyeongyo)
14) Saeyeongyo (새섬 새연교)
Dari Cheonjiyeon Waterfall kami singgah untuk tengok sunset di Saeyeon Bridge.
Fee entrance : Free
Lokasi : Seogwipo-si
15) Gwakji Beach (애월 곽지과물해변)
Hari kelima di Jeju, kami perlu tukar kereta di Mujigae Car Rental jadi sempatlah singgah ke Gwakji Beach. Kononnya nak habiskan masa setengah jam aje dekat sini tapi bila dah asyik main air tak sedar hampir dua jam. So terpaksa batalkan plan asal dan terus hantar kereta dulu.
Angin bertiup kencang waktu ni, nasib baik tak terbang.
Fee entrance : Free
Location : Jeju-si (berhampiran Jeju Airport)
16) Iho Tewoo Beach (이호테우해변)
Pantai ni mungkin bukan yang tercantik di Jeju Island tapi yang menjadi tarikan utama ialah dua light house berbentuk kuda merah dan putih. Satu lagi tarikan ialah kerana kedudukannya yang bersebelahan Jeju International Airport jadi kita boleh nampak flight nak landing. So jika ke sini get ready juga untuk record moment flight nak landing.
Sebenarnya kita boleh nampak view beach ni dari dalam flight dengan sangat jelas masa nak landing.
Fee entrance : Free
Location : Jeju-si (bersebelahan Jeju International Airport)
*Sepanjang berada di Jeju kami memandu kereta sewa yang ditempah melalui perkhidmatan Keretasewajeju (semua proses sangat mudah dan cepat). Sesiapa yang nak ke Jeju bolehlah menggunakan perkhidmatan mereka ni. Boleh check dekat sini
-> https://keretasewajeju.com/
Sampai di sini aje perkongsian kali ni. Moga apa yang saya coretkan di sini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang ingin ke Jeju Island. Apa yang penting bagi seorang traveller ialah apabila kita berusaha untuk menjejak real hidden gems dan hasil yang kita perolehi adalah di luar jangkaan.
Mohon maaf untuk yang terkurang dalam entry pertama ni. Thank you for reading.
"I travel because it makes me realize how much I haven't seen, how much I'm not going to see and how much I still need to see." - Carew Papritz
Good sharing 👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeleteThank you dear my twin...haha..
Deleteommoooo
ReplyDeleteomomomo thank you yayang...hehe
DeleteBoleh share harga sewa kereta x??
ReplyDeleteboleh..hehe...kami sewa dengan kereta sewa jeju..mmg servis yg tip top..
Delete*sewa kereta : RM162/day (Kia K3 - hrga kereta berbeza ikut jenis)
*Refundable traffic summons : RM200 (tapi lepas 2 minggu pulangkan kereta kita akan dpt smula duit ni dengan syarat tak kena saman masa drive kat jeju.hehe)
+ optional CDW : RM20/day (terpulang nak ambil atau tak tapi disarankan ambil sebab malang tak berbau. At least kita ada insurance untuk cover if brlaku kmlngan dsb)
Diharapkan dapat mmbntu cik..Thank your for ready my blog...
*reading ...
Deletekenapa xnampak muka. . .x kenal. .ke.orang korea sana pakai tudung. .
ReplyDeletehehe kami pemalu orangnya...
DeleteAda public transport? Digalakkan x? Sbb kami xde lesen international
ReplyDeleteAda dear cuma agak terhad (tak macam Seoul). Kat Jeju tak ada subway & train. public tranpsort bus dan taxi je.jeju city tour bus antra yg famous dan murah.
Deletetapi pndapat peribadi saya galakkan sewa kereta sebab lebih fleksibel, boleh jimatkan masa. if naik public transport akan ambil msa lbh pnjg untk move dr satu location ke location lain. plus if sewa kereta kita boleh brhenti kat mana2 untk snap best view.hehe.
lesen international boleh apply kat JPJ aje..dengan syarat lesen kita expired dlm tmpoh setahun + bwak sekeping gmbr ukuran passport + RM150. tggu dalam setengah jam aje proses dah settle.hehe..
Wowwwwww...daebakkk💜💜💜💜💜💜💜
ReplyDelete정말 고마워요😊 💜💜💜thank you for reading😍😇
DeleteWahh... bila nak launch new entry ni? X sabar nak baca lagi dan lagi... :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima ksih bnyak sudi baca .terharu saya🤗😇In shaa Allah new entry akn di upload soon.hehe.
Deletethnx for sharing..informative betul..
ReplyDeleteSama2 sis 😇😊😊 terima kasih banyak sudi bca and ckp informative untk entry ni 💖💚❤️
Deletesalam,boleh share itinerary ke ?
ReplyDeleteBoleh...In sha Allah sy akn kongsikan entry untk itinerary 10 hari di Jeju. Terima kasih sudi mnjenguk blog ni.😁😁😁plan ke jeju pd musim apa? Sebab lain musim lain tmpt menarik yg boleh kita singgah.
DeleteSalam bole share itinerary?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh...In sha Allah sy akn kongsikan entry untk itinerary 10 hari di Jeju. Terima kasih sudi mnjenguk blog ni.😁😁😁plan ke jeju pd musim apa? Sebab lain musim lain tmpt menarik yg boleh kita singgah.
DeleteSalam..
ReplyDeleteThanx for ur info. menarik !
Boleh tak awak share GPS each location tempat yg awk pergi ? sy pun akan memandu pergi ke jeju nanti..cuma skrg sy xpasti Gps no untuk tempat2 yg menarik tu..tq ☺
Hi, Boleh tahu pergi rapeseed field tu brp hari bulan ye? sbb cantik sgt tak sangka berbunga time musim autumn.
ReplyDeleteCASINO | Davenport - MPR Hub
ReplyDeleteBook our CASINO 고양 출장마사지 in Davenport, IA 속초 출장샵 and get a 나주 출장마사지 great deal 하남 출장안마 when you book your event 군포 출장마사지 at Casino Davenport or at the Casino Davenport Hotel!
Cool and that i have a keen provide: How Much Is Home Renovation house and renovation show
ReplyDelete